Friday, March 26, 2010


Harap Redha Agro Camp & Cafe (HRF) terletak di Batu 21 1/2, Sg Lepoh, Pangsoon, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan kedudukannya berdekatan dengan Gunung Nuang dan kawasan reakreasi Sg Congkak, Hulu Langat, Selangor.



HRF dari inspirasinya adalah satu pengharapan seorang hamba kepada si Penciptanya Allah agar apa yang diusahakan sentiasa berada dalam keredhaanNya semata-mata. Anugerah sementara ini diterima dengan penuh kesyukuran.



HRF, berada dikedudukan tanah tinggi dan terasing dari kawasan persekitarannya, jika dilihat dari kejauhan seolah-olah ianya satu kepulauan yang berbeza sama sekali dari planet bumi. HRF masih mengekalkan keindahan flora dan fauna yang semulajadi, bahkan ianya dikelilingi oleh kehijauan hutan rimba. Waktu pagi di HRF masih berkabus dan di waktu malamnya bunyian unggas, katak cengkerik amat mengasyikkan. shahdu ! Suasana di sini sememangnya damai dan tenang.



HRF pada asalnya adalah diusahakan sebagai dusun buah buahan, dan juga tanaman pertanian serta binatang ternakan. Perancangan awal telah berjaya, sekarang HRF dipenuhi dengan tanamam durian, rambutan, nangka, pulasan, pisang, serta sayur sayuran cili padi, serai, bunga kantan dan daun-daun ulaman. Pada masa yang sama HRF ada juga membela ternakan angsa, ayam kampung, ayam mutiara, itik dan puyuh.



HRF pada kedudukan sekarang diusahakan untuk menjadi kawasan kem untuk aktiviti perkhemahan, pusat latihan dan motivasi, serta kawasan rekreasi bagi pelajar pelajar sekolah dan universiti, badan-badan berunifom, badan-badan kerajaan dan swasta, orang persendirian, dan keluarga. Apapun aktiviti yang dirancang atau dijalankan di HRF, namum anda tetap berada dalam dusun.



Bagi orang persendirian dan keluarga, HRF amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai tempat anda semua berehat bersantai, melupakan diri dari kesibukkan kerja, kebisingan serta hiruk pikuk dikota. Dengan suasana ala kampung (homestay) yang sungguh mendamaikan ini pasti anda akan teruja untuk datang semula.



walaupun cuma mengambil masa setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Datanglah berkunjung ! Di sini memang damai. Segalanya asli !

Photobucket


3 comments:

  1. Need more photos .. such rumbah berkembar tu .. but a good start .. kawe pon tok sepanda demo ..Kimee

    ReplyDelete
  2. Jelaskan kenapa orang patut pergi ke sana, apa kelebihannya.

    Pastikan ada kemudahan untuk beraktiviti lasak.

    Masukkan peta.
    Dan kalau boleh, koordinat sekali, senang nak pergi.

    ReplyDelete
  3. terlebih dahulu ucapan terima kasih terhadap komen komen yang telah diberikan. sungguh bernas. kami di HRF akan sedaya upaya menrancang utk menuju ke arah kesempurnaan tersebut.

    dari sudut gambar2 , insyallah saya dari semasa ke semasa akan upload gambar2 dan aktiviti2 terkini. jika tak keberatan boleh add/request saya di facebook 'zashidi wahab'. disini saya terus upload gambar2 menggunakan mobile phone. nantikan juga promosi 2 kami di sini dan juga di facebook zashidi wahab

    antara kelebihan2 yang pengunjung tak mampu utk mengatakan tidak ialah kehijauan semulajadi anugerah Allah, ketenangan dan kedamaian boleh diperolehi disini. pakej yang ditawarkan juga berbaloi. dunia disini ternyata berbeza.

    kemudahan2 yang ada sekarang adalah kemudahan kem dan challet. bagi yang merancang utk beraktiviti lasak saya cadangkan supaya menyertai junggle treking melalui hutan simpan negeri selangor. bagi mereka yang merancang utk bersantai, kalian akan dapati mandi manda dikolam HRF adalah sesuatu yang unik, segar dan bermineral, ini kerana air ditempah kami adalah dari anak air anugerah.

    peta dan koordinate akan dimsukkan dalam masa terdekat. insyaALLah

    berkunjunglah kesini dan kalian akan dapati alam adalah satu anugerah Allah kepada kita!!!!!

    terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini dan memberi komen.

    ReplyDelete